Sejarah Melaka
.jpg)
Alfonso de Albuquerque merupakan seorang Laksamanana Laut Portugis yang ditugaskan dalam mencari kawasan baru dalam mengembangkan empayar Portugis. Beliau merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Melaka pada 24 Ogos 1511 dan membina Kota A Famosa dalam menyekat kemaraan orang Melayu dalam menadapatkan semula Melaka.

Dahulu, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. Namun disebabkan permasalahan yang timbul dalam institusi beraja di Kedah memaksa Kedah untuk mendapatkan bantuan daripada Inggeris. Akhirnya, tipu helah Francis Light berjaya mendapatkan Pulau Pinang daripada Kedah untuk tujuan pangkalan baru Inggeris di Asia Tenggara dalam menyaingi kuasa barat terutama Perancis dalam dunia perdagangan.

Sir Stamford Raffles merupakan orang Inggeris yang bekerja di bawah Syarikat Hindia Timur (SHTI) di Asia Tenggara. Seperti kebiasaan, Stamford Raffles juga ditugaskan dalam mencari petempatan baharu bagi Inggeris dalam meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, selepas berjaya membuat tipu helah dengan kesultanan Johor, Stamford Raffles berjaya mendapatkan Singapura pada tahun 1819.
